Didenda RM2900 - Gugurkah Kelayakan Khalid Samad Sebagai Ahli Parlimen?



Baru-baru ini MP Shah Alam, Khalid telah didapati bersalah mengajar perkara tentang agama Islam tanpa tauliah di sebuah surau di Taman Seri Sementa, Klang, antara 10 malam hingga 11.30 malam pada 16 Ogos 2011.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum 2 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Khalid didenda RM2,900 atau 3 bulan penjara. Dia kemudiannya membayar denda itu, tetapi menegaskan akan memfailkan rayuan berhubung sabitan dan hukuman itu di Mahkamah Tinggi Syariah, esok.

Pengarah komunikasi Amanah itu didakwa di bawah Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) kerana berucap di sebuah surau di Taman Seri Sementa, Kapar, antara 10 malam hingga 11.50 malam pada 16 Ogos 2011.

Khalid berkata, beliau dijemput ke surau itu untuk menceritakan pengalamannya ketika mengunjungi Palestin dan bukannya menyampaikan ceramah agama.

Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan menyebut seseorang ahli Parlimen akan hilang kelayakan sebagai ahli Dewan apabila disabitkan sebuah mahkamah di dalam Persekutuan dan dihukum penjara minimum setahun atau denda tidak kurang RM2,000.

“Persoalannya, adakah ini termasuk sabitan oleh Mahkamah Syariah kerana Mahkamah Syariah ialah mahkamah negeri?

Menurut Datuk Seri Gopal Sri Ram yang juga seorang bekas hakim mahkamah persekutuan, Khalid yang didenda atas kesalahan mengajar agama Islam tanpa tauliah, boleh terus menjadi ahli Parlimen Shah Alam kerana beliau sekadar melakukan kesalahan agama. Kesalahan dilakukan Khalid itu bukan kesalahan jenayah seperti diluluskan Parlimen dan dijatuhkan hukum melalui mahkamah yang diiktiraf di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, Parlimen mempunyai kuasa untuk mewujudkan kesalahan dan menentukan hukuman mengikut Jadual Kesembilan, Senarai 1 Perlembagaan Persekutuan.

“Mahkamah itu (Mahkamah Rendah Syariah Klang) bukan sebuah mahkamah yang ditubuhkan di bawah Perkara 121 Perlembagaan,” .

Mahkamah 3 peringkat yang disebut dalam Perlembagaan Persekutuan adalah Mahkamah Tinggi (Malaya, Sabah dan Sarawak), Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

“Pandangan saya ialah sabitan Khalid tidak memberi kesan kepada kedudukannya sebagai ahli Parlimen,” katanya.

Di bawah Senarai 11 Perlembagaan, Dewan Undangan Negeri (DUN) boleh meluluskan undang-undang dan menetapkan hukuman terhadap umat Islam yang menentang “ajaran Islam”.

Namun bagi Prof Madya Shamrahayu Abdul Aziz yang juga merupakan seorang pakar perlembagaan pula menyatakan sebaliknya. 

Menurutnya, Perlembagaan Persekutuan tidak membezakan Mahkamah Sivil, Jenayah dan Syariah berhubung sabitan serta hukuman dijatuhkan ke atas wakil rakyat.

Katanya, Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan menyebut seseorang ahli Parlimen akan hilang kelayakan sebagai ahli Dewan apabila disabitkan sebuah mahkamah di dalam Persekutuan dan dihukum penjara minimum setahun atau denda tidak kurang RM2,000.

“Persoalannya, adakah ini termasuk sabitan oleh Mahkamah Syariah kerana Mahkamah Syariah ialah mahkamah negeri?

“Pada pandangan saya, walaupun Mahkamah Syariah ialah mahkamah negeri, namun ia adalah mahkamah dalam negeri-negeri yang ada dalam Persekutuan, bukan mahkamah di luar Persekutuan seperti di negara asing,” .



Ditanya sama ada kelayakan Khalid sebagai ahli Parlimen akan hilang secara automatik berikutan hukuman itu, felo utama di Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) itu berkata, kehilangan kelayakan hanya berkuat kuasa apabila tamat tempoh 14 hari dari tarikh beliau disabitkan dan dihukum.

Dalam kes Khalid, Shamrahayu berkata, memandangkan ahli Parlimen itu mengemukakan rayuan terhadap sabitan dan hukuman tersebut, maka beliau masih seorang ahli Parlimen sehinggalah proses rayuan di peringkat terakhir.

“Sekiranya proses rayuan di mahkamah tertinggi ditolak, maka kehilangan kelayakan juga berkuat kuasa apabila tamat tempoh 14 hari dari tarikh rayuan beliau ditolak,” katanya.

Shamrahayu bagaimanapun berkata, sekiranya proses rayuan di mahkamah tertinggi ditolak, Khalid masih boleh ke peringkat seterusnya iaitu proses pengampunan.

“Permohonan untuk pengampunan hanya boleh dibuat setelah semua proses mahkamah selesai. Maksudnya semua rayuan sudah dibuat dan diputuskan, sehingga ke peringkat tertinggi, dalam kes Mahkamah Syariah ialah Mahkamah Rayuan Syariah.

“Pengurusan proses membincangkan permohonan pengampunan dilaksanakan melalui Lembaga Pengampunan. Sekiranya petisyen pengampunan ditolak, maka kelayakan (sebagai ahli Parlimen) hilang serta-merta,” katanya.

Sumber - 

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/01/19/kedudukan-khalid-sebagai-ahli-parlimen-tak-terjejas/

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/01/19/perlembagaan-tak-bezakan-sabitan-mahkamah-syariah/

Sejam Yang Berharga Bersama Ayah Chik

Artikel ini adalah tulisan Alang ibn Syukrimun dan telah disiarkan di laman facebook beliau didalam tiga bahagian berasingan tetapi telah saya gabungkan sebagai satu artikel sebagaimana di bawah.

BHG 1 - CUBAAN PERANGKAP AL-QAEDA




Rasanya berbaloi hari ini kalau saya kongsikan cerita semalam. Alhamdulillah dalam kesempatan yang tidak dirancang, sekali lagi berpeluang berjumpa dengan Ayah Chik secara peribadi. Rasanya dah lama tidak ada kesempatan sebegitu. Walaupun rumah kami selang beberapa meter sahaja, tapi tak sangka berjumpa di negeri orang. Kalau dah jodoh kata orang Zimbabwe.


Saya tak berhasrat untuk cerita bagaimana kami boleh bertemu. Tapi yang lebih penting adalah apa isinya.

Awal pertemuan, kami sembang isu Indonesia, cita-cita dan usaha beliau untuk rantau ini. Besar sungguh harapan beliau. Dari apa yang diceritakan, rantau ini sangat berpotensi untuk bangkit dari pelbagai segi. Namun, ia juga tidak terlepas dari rebutan antara kuasa-kuasa besar.

Lepas satu-satu topik, sampai bab Hamas, bab Qatar dan Syeikh Majid Zindani. Salah satu cerita yang menarik ialah bagaimana cubaan untuk memerangkap beliau bersama kumpulan al-Qaeda tidak lama dahulu. Mujur Allah selamatkan beliau. Kalau tidak, mungkin dah lama dicop sebagai pengganas dan diburu hingga sekarang.

Ringkas cerita, sebelum peristiwa 11 September, Osama Laden telah mengadakan satu perjumpaan dengan menjemput wakil gerakan-gerakan Islam sedunia. Surat jemputan turut sampai kepada Ayah Chik namun beliau tidak melayan jemputan yang tidak dikenali. Walaubagaimanapun, ramai pemimpin gerakan Islam lain hadir tanpa sebarang syak.

Tidak lama selepas perjumpaan itu, berlaku peristiwa 11 September tahun 2001 di Washington. Bagaikan 'skrip' yang telah dihafal, Amerika terus menuduh al-Qaeda dan melancarkan kempen anti teroris dengan mensasarkan al-Qaeda serta Osama sebagai dalang. Gambar perjumpaan itu turut didedahkan di media-media dan semua peserta yang ada dalam gambar diburu sehingga kini atas tuduhan bersekongkol dengan pengganas.

Mungkin kerana Ayah Chik termasuk dalam 'skrip' senarai yang cuba diperangkap melalui surat jemputan terdahulu, pihak media khususnya Daily Mirror terlanjur menyenaraikan gambar Ayah Chik antara mereka yang terlibat dalam peristiwa itu. Akhbar tersebut turut mendakwa Ayah Chik sebagai orang no.2 al-Qaeda.

Ayah Chik melalui firma guaman Carter Ruck terus menyaman akhbar tersebut. Beliau ke UK untuk menghadiri proses kehakiman. Peguam Daily Mirror telah membuka semua laporan berita dan kenyataan Ayah Chik yang pernah keluar di media untuk mengaitkan beliau dengan tuduhan pengganas. Setelah perbicaraan berlaku, ringkas cerita akhirnya Daily Mirror memohon maaf secara terbuka melalui akhbarnya serta membayar pampasan kepada Ayah Chik. Nama beliau berjaya dibersihkan. Namun ramai pemimpin gerakan Islam lain berjaya diperangkap. Antaranya adalah Syeikh Majid Zindani pemimpin arti Islah di Yaman. Kini beliau tinggal di Saudi dan tidak boleh ke mana-mana lagi. Kalau keluar, pasti Amerika akan tuntut dirinya atas tuduhan lama itu.

"Lepas kes itu, Rashid Ghanousi (pemimpin parti an-Nahda Tunisia) kata, sepatutnya Ayah Chik pergi marah Daily Mirror sebab tulis orang no.2. Lain kali tulislah no.1!" Selorohnya diiringi dekahan tawa. Orang tengah cemas boleh lagi dia buat kelakar.

Ayah Chik ada baca berita mengenai Syeikh Ismael Haniyyeh, Perdana Menteri Palestin wilayah Gaza. Baru-baru ini Saudi jemput beliau mengerjakan umrah (atau haji;syak perawi). Tetapi selepas itu beliau disekat dari pulang ke Gaza. Saudi beri pilihan samada dia mahu tinggal di sana ataupun Qatar sahaja.

"Tapi kalau dia dah boleh balik Palestin sekarang, tak tahulah" Ujar Ayah Chik menutup kes.



BHG 2 - ADA APA DENGAN KESATUAN ULAMA?

Asyik berbual, tiba-tiba telefonnya berdering. Kod negara +97 something. Sebelum jawab Ayah Chik tanya dulu negara mana. "Ke Yaman?" telahnya. Mungkin juga, sebab baru-baru ini menantunya ada ke sana untuk misi kemanusiaan.


Tapi saya kata bukan, sebab Yaman kalau tak silap +967. Saya biasa call Yaman semasa di Syria dahulu.

"Qatar kot." Teka saya perlahan. Boleh jadi datang dari wakil Kesatuan Ulama (KUIS).

Abang Din (Ustaz Zaharuddin) check melalui handphonennya. Ya, memang Qatar.

Panggilan itu rupanya datang dari Dr Ali Qurrah Daghi, Setiausaha Agung KUIS. Beliau minta Ayah Chik tengok emel, sebab sekretariatnya ada menghantar permohonan untuk Ayah Chik tulis beberapa artikel. Ayah Chik terus bersetuju. Panjang juga sembangnya. Bukan saya curi-curi dengar, memang suara Ayah Chik dah macam speaker. Satu rumah boleh dengar.



Rupanya hubungan Ayah Chik dengan KUIS masih baik. Ingatkan lepas polemik ke Iran baru-baru ini, dah tegang. Nampaknya minda saya sudah dipengaruhi mainan persepsi media. Bahaya betul penangan zaman fitnah ini.

"Syeikh-syeikh KUIS tak ada apa pun. Tapi 'geng-geng' ni yang ramai cucuh belakang. Sampai tekan suruh pecat. Kalau pecat, pecatlah." Ayah Chik seolah dapat membaca fikiran saya. Balas Abang Din, kalau Ayah letak jawatan, bersorak sakanlah geng-geng ni. Memang mereka dah tunggu lama nak masuk sebenarnya. Pandai-pandailah teka geng mana tu.

Pada hemat Abang Din, walaupun KUIS hanya sebuah NGO antara NGO-NGO ulama antarabangsa yang lain, namun ia memiliki pengaruh yang tersendiri. Bukan semata-mata faktor Dr Qardawi, tetapi kerana ia menghimpunkan Ulama dari berbagai mazhab, arah dan kumpulan. Dijemput semua tokoh-tokoh agama berpengaruh dunia Islam untuk menyertai. Jadi di mata pemerhati golongan akademik, politician dan elitis, ia adalah NGO yang disegani.

"KUIS NGO biasa saja, banyak lagi kesatuan ulama seperti itu." Ayah Chik ulang lagi benda sama sejak berita beliau dilantik sebagai Naib Presiden Kesatuan itu tidak lama dahulu. Memang beliau dari dulu cuba menanamkan sikap usah membesarkan sangat KUIS itu. Tapi kami sering lihat lain, seolah-olah ia menaungi PAS pula dan perlu ikut setiap telunjuknya.

Soalan cepumas yang patut ditanya kepada semua, "sejak bila kita mengenali KUIS?"

Sebelum itu Ayah Chik pernah kongsi beberapa isu dalam KUIS. Antara yang paling dikesali adalah kata-kata salah seorang anggota KUIS: "Kena ingat, KUIS ni boleh bergerak atas bantuan dana kerajaan Qatar."

Ayah Chik paling pantang bila dengar bab duit sebegini. Beliau terus menegur, tak sepatutnya kita terikat dengan polisi Qatar walaupun dia banyak bantu kita. KUIS tak boleh terpengaruh dengan mana-mana dasar luar yang ada kepentingan tersendiri. Kena berani dan yakin tuhan akan tolong kita.

Cukup tegas Ayah Chik bab makan budi orang ini. Sebetulnya inilah sikap para ulama dan tokoh Islam sejak dahulu. Integriti mereka cukup tinggi. Kisah Nabi Sulaiman, Saidina Umar, Hasan al-Basri, Ibn Taimiah perlu diambil iktibar.

Rasanya sikap Ayah Chik ini sudah menjawab soalan yang pernah diajukan kepada saya oleh seorang ustaz beberapa bulan dahulu. "Bolehkah ambil duit Umno untuk lawan DAP?"

Memang ada sesetengah ahli yang terlajak faham BPMS, sampai semua jadi halal.

Maaf kalau ada yang berfatwa boleh demi matlamat. Pemikiran ini tidak ubah seperti minda machiavelli golongan yang sudah tersingkir dari PAS; matlamat menghalalkan cara.

Maaf juga kalau ada yang berfatwa demi maslahah. Kena timbang juga antara maslahah dan mafsadahnya, mana lagi besar. Bagi saya, mafsadahnya lebih besar lebih-lebih lagi zaman fitnah ini.

Maaf sekali lagi kalau ada yang berfatwa boleh kerana darurah. Sejauh mana terdesaknya kita untuk ambil?

Saya berasa cukup lega dipimpin oleh Presiden yang memiliki sikap tegas sebegini. Namun dalam yang sama timbul perasaan khuatir, apakah ada jaminan presiden akan datang memiliki sikap yang serupa?

Perlu ada pendirian yang jelas berhubung batas-batas ini. Bahagian tarbiyyah perlu masukkan ini dalam syllabusnya. Atau setidaknya, Majlis Syura yang berfatwa segera. Takut-takut berlaku tanpa sedar di mana-mana negeri, parlimen atau dun menjelang pilihanraya yang hampir tiba nanti.

Ahli semakin ramai. Politik pula semakin rencam. Jangan sampai PAS jatuh macam Nazi dahulu. Bila terlalu banyak negara yang ditawan, tak mampu urus lalu jatuh dengan mudah.

Semoga PAS terus terpelihara dari anasir yang merosakkan.


BHG 3 - IRHABIKAH ISLAM?

Ayah Chik buka emel, banyak juga tajuk yang KUIS minta tulis. Mungkin sepuluh. Kebanyakan berkait isu kemasyarakatan. Sekilas pandang, ada satu tajuk yang agak menarik, "Islam dan kaitannya dengan Irhabi." Bagus kalau Ayah Chik fokus tajuk ni. Memang ini benda yang selalu disebut dalam kuliah atau ceramahnya.


Usai Solat Maghrib, kami sambung sembang sambil Ayah Chik bersiap ke pejabat agung. Dia buka begnya dan keluarkan sebuah kertas bertulis sebuah artikel dari sasapost.com. Tulisan tersebut melaporkan kenyataan Condoleeza Rice di persidangan Nato tahun 2014, berkenaan projek pemetaan semula Asia Tengah. Selain suruh buka kembali web tersebut, beliau turut menyuruh untuk baca juga laporan Rand Corporation tahun 2012 (kalau tak silap).

Kemudian dia buka pula Laptop dan tunjuk lakaran peta cadangan untuk projek tersebut. Memang ngeri, negara-negara umat Islam menjadi semakin banyak. Dipecahkan mengikut fahaman dan kaum. Saudi akan pecah tiga, Yaman pecah tiga, Iraq pecah tiga, Turki pecah tiga, Iran pecah tiga, dan macam-macam lagi. Makkah dan Madinah akan jadi negara berkecuali yang ditadbir secara bersama oleh negara-negara sekeliling.

Ngeri. Kalaulah ia benar-benar berlaku, dan nampaknya memang sedang menuju ke arah itu, Asia Tengah tidak akan aman lagi. Pemecahan itu akan menyebabkan perseteruan berterusan, asobiyyah kaum dan mazhab semakin memuncak dan umat akan terus berpecah.

"Ustaz-ustaz ni baca ke tak semua berita ni?" Getusnya bernada kesal. Saya diam sahaja. Itulah yang seringkali dipersoalkan. Beliau memang dari dulu konsisten menegur sikap sebahagian agamawan dan pendakwah samada arab atau non-arab yang hanya tahu memainkan sentimen mazhab dan puak sahaja. Termasuklah ustaz-ustaz dalam PAS sendiri.

Sebenarnya, projek pemetaan semula tidak hanya difokuskan di Timur Tengah bahkan seluruh dunia. Rantau kita ini tidak terkecuali. Dari sebuah kajian, isu Rohingya di Myanmar bakal dijadikan sumbu pelita untuk dibakar, dan bakal merebak ke seluruh rantau. Isu yang bakal dimainkan adalah pertembungan agama Islam-Budhha.

Bagi mereka yang terlibat secara langsung dalam mengurus geo-politik (bukan sekadar pengkaji), pasti mereka akan merasai bahangnya. Mungkin kalau Ayah Chik sahaja yang sebut, sebahagian orang anggap ia tidak berautoriti. Tetapi bekas Setiausaha Agung ASEAN sendiri, Surin Pitsuwan menyatakan isu ini akan menjejaskan kestabilan politik serantau jika tidak ditangani.

Dikhuatiri puak pelampau IS akan masuk campur menentang ekstremis Buddha. Buddha akan bertindak balas. Media akan memainkan sentimen agama sehingga rakyat negara sekitar turut terasa. Sedarkah kita dua penganut agama terbesar di Malaysia, Thailand, Indonesia, Kemboja, dan Filipina adalah Islam dan Budhha? Mahukah kita rasa apa yang Timur Tengah sedang hadapi?

Tapi yang orang kita nampak, hanya isu PAS sepentas dengan orang Umno. Pendeknya capaian.

Tengah-tengah Abang Din cuba susun tajuk-tajuk yang KUIS beri ke dalam laptopnya, beliau bersuara "Tulis tajuk Irhabi tu molek juga."

"Kena ulas irhabi melalui al-Quran. Dalam Islam ada irhabi ni. Cuma orang kita ambil pengertian irhabi melalui pemahaman barat. Kena tengok balik dalam ayat turhibuna bihi aduwwallah tu." Sambung beliau lagi. Perkataan irhabi kini banyak diertikan dengan makna keganasan. Sedangkan irhabi dalam ayat 60 Surah al-Anfal yang Ayah Chik sebut itu memberi makna menggerunkan. Tafsirannya juga lain.

"Hmmm.. kita belek tulisan-tulisan yang dah ada dulu, lepas tu baiki sikit-sikit sahaja." Sambung dia lagi. Saya mengiyakan sahaja.

"Tulis panjang-panjang nanti, boleh buat buku satu lagi." Ujarnya lagi. Setuju sangat Ayah Chik. Tulislah cepat. Saya akan jadi orang pertama memiliki buku itu!

Apa Punca Perpecahan PR?



Exco Kerajaan PAS Negeri Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud menceritakan apa yang berlaku dalam mesyuarat Pakatan Rakyat (PR) yang dikatakan sebagai punca perpecahan gabungan PAS, DAP dan PKR itu.

“(Pada) 12 Mac (2015), tiga orang wakil kerajaan negeri (Kelantan) dijemput untuk beri taklimat kepada ahli-ahli Pakatan Rakyat di bangunan Parlimen.

“Saya, Datuk Takiyuddin (Hassan) dan Datuk Dr (Mohamed) Fadzli (Hassan) datang beri taklimat di bangunan Parlimen.

“Membentangkan (bahawa) kita (PAS) akan membuat pindaan (Enakmen) Kanun Jenayah Syariah II pindaan 2015. Kita akan bawa dalam (sidang) Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan bersidang (pada) 16 Mac,”jelasnya.

Tambahnya, sebaik sahaja cadangan draf pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) itu dibentangkan dalam mesyuarat PR, DAP menolak mentah-mentah perundangan tersebut.

“Dalam pindaan ini hanya kena (hukum) orang Islam sahaja dan orang bukan Islam tidak dikenakan (hukuman). (Orang bukan Islam) tidak terlibat langsung.

“Sepatutnya, dia (DAP) kena bersetujulah. Sebab kita baiki ke arah yang lebih baik dan mengikut apa yang disuarakan oleh orang dia (bukan Islam) suarakan sebelum ini.

“Dia (DAP) kata dia tetap tidak bersetuju dengan hudud dan tidak akan menyokong. Tidak setuju dibawa dan akan menentang.”

Jelas Nassuruddin, hudud telah diluluskan oleh sidang DUN Kelantan pada tahun 1993 sebelum penubuhan PR lagi jadi tiada sebab PR perlu menghalang perundangan itu dipinda dan dibawa ke sidang DUN Kelantan semula.

Menurut sumber selain wakil DAP, pimpinan PKR juga turut hadir dalam mesyuarat tersebut iaitu Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan juga Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin.

“Kita (PAS) kata tak setuju pun kita nak bawa juga (dalam sidang DUN Kelantan)..Dia kata kalau bawa juga pecahlah (PR).

“Dia kata, ingat dalam negeri dalam PR ini ada tiga negeri (Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor). Ada wakil rakyat yang membuat kenyataan itu. (Seorang) Ahli Parlimen. Saya tidak mahu sebut namanya, (tetapi) seorang Melayu (PKR ?) yang mengeluarkan kenyataan itu.

“Lepas pada (kritikan) yang itu (DAP), yang Melayu (PKR ?) jadi tukang sokong (DAP).”



Tambahnya lagi, tiada sebarang perjanjian bertulis daripada ketiga-tiga parti, DAP, PKR dan PAS yang menghalang parti Islam untuk memperjuangkan hudud dalam sidang DUN.

“Tidak ada perjanjian pun. Dia kata ada. Bila dia kata ada dalam minit mesyuarat, Datuk Mustafa Ali pun kata baca baik-baik minit itu.

“Orang DAP, wakil rakyat dia pun baca. Apabila dibaca, rupa-rupanya bukan keputusan (yang dipersetujui bersama). Itu hanya pandangan (Setiausaha Agung DAP) Lim Guan Eng. Dia kata kalau tiga-tiga parti tidak bersetuju sebarang perkara tidak boleh dibuat.

“Datuk Mustafa Ali kata itu bukan keputusan. Itu adalah pandangan. Pandangan tidak semestinya keputusan.”





Intipati Syarahan Perdana Asia Barat yang Bergolak, Ke Mana Kita.?




1. Pada Sabtu lepas ( 7/ 1 / 2017), Tuan Guru Presiden PAS telah menyampaikan Syarahan Perdana di Auditorium MBSA, Shah Alam.
Ucapan beliau selama 1 jam diikuti dengan sesi soal jawab sebanyak 15 soalan.
Berikut adalah intipati bahagian Muqaddimah syarahan tersebut yang begitu penting untuk kita dalami terlebih dahulu;

2. Tuan Guru memulakan ucapan dengan membaca Al Quran, ayat 102-105 Surah Ali Imran yang bermaksud;

"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu nkepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan jangan kamu mati melainkan dalam keadaan Islam sebenarnya.
Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah akan nikmat Allah berikan kepada kamu, dahulu kamu bermusuh antara satu sama lain, lalu Allah menjinakkan hati-hati kamu, lalu kamu menjadi bersaudara; dan dahulunya berada di tepi gaung api neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dengan nikmat Islam.
Begitulah Allah menyatakan ayat-ayatNya supaya kamu mengambil petunjuk.
Dan hendaklah ada di kalangan kamu ummah yang berdakwah mengajak kepada kebajikan Islam yang menyeluruh, mengajak kepada perkara yang baik dan mencegah kemungkaran; merekalah orang-orang yang mendapat kemenangan.
Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang berpecah-belah dan bertelingkah antara satu sama lain setelah datang keterangan daripada Allah. Mereka itulah orang-orang yang mendapat azab yang besar dan dahsyat."

3. Perbincangan mengenai Asia Barat memerlukan terlebih dahulu kita mengambil perhatian terhadap:

A) Sejarah Perkembangan Politik Islam setelah kewafatan Rasulullah S.A.W
B) Perkembangan Ilmu yang melahirkan Mazhab dan Kumpulan yang berbeza dalam bidang Akidah, Feqah dan Tasawwuf
C) Perkembangan Politik Antarabangsa dan Tempatan terkini

4. Bahagian A:Sejarah Perkembangan Politik Islam
Para Sahabat berkhilaf untuk memilih siapa pengganti memimpin ummat setelah wafatnya Rasulullah S.A.W kerana tidak ada nas yang sahih.
Golongan Ansar mencalonkan pemimpin mereka, Saad bin Ubadah.
Kalangan Ahlil Bait mencalonkan Saidina Ali bin Abi Tholib.
Kekecohan berlaku di tempat perhimpunan di Tsaqifah Bani Saidah, (sekarang ia menjadi kompleks percetakan Al Quran)
Lalu, Saidina Abu Bakar As-Siddiq berjaya menenangkan keadaan, menyampaikan ucapan antaranya menyebut pemimpin daripada Quraisy.
Ibnu Khaldun dalam Kitab Al Muqaddimah menegaskan bahawa maksud Quraisy ialah kaum yang paling berpengaruh, besar kedudukan dalam masyarakat, dan mempunyai kehebatan.

Akhirnya, kesemua mereka bersepakat memilih Saidina Abu Bakar sebagai Khalifah dan mereka menjadi wazir (Menteri) bagi membantu Khalifah.
Adapun pendapat yang mengatakan Saidina Ali bertaqiyyah dalam melantik Khalifah pertama ini adalah tidak tepat dan bohong kerana Saidina Ali merupakan seorang yang gagah dan berani.

Selepas pemerintahan Khalifah Abu Bakar As Siddiq, Saidina Umar Al Khattab pula dilantik sebagai Khalifah Kedua dan diikuti oleh Saidina Uthman bin Affan sebagai Khalifah Ketiga.
Ketika pemerintahan Saidina Uthman, berlakunya fitnah bencana yang pertama.
Walaupun ada kitab yang menulis kononnya Saidina Uthman adalah pemimpin yang lemah, hakikatnya adalah ummat yang lemah.
Ramai yang baru memeluk Islam setelah kejatuhan Kerajaan Parsi dan Rom menyebabkan lemahnya amanah dan iman.
Ini keadaan yang dihadapi oleh Saidina Uthman.

Tidak wajar menuduh Saidina Uthman pemimpin yang lemah, sedangkan Nabi Muhammad S.A.W pernah menyebut "adakah aku tidak malu kepada orang yang malaikat malu kepadanya..?"
Ketika Perang Tabuk, Saidina Uthman adalah orang yang paling banyak menderma kerana dia kaya. Nabi Muhammad S.A.W berdoa daripada waktu Isyak sehingga Subuh, baginda memohon kepada Allah agar meredhai Saidina Uthman .
Beliau adalah menantu kepada Rasulluh S.A.W melalui perkahwinan dengan 2 orang puteri Nabi. Jelas menunjukkan penghormatan baginda kepada Saidina Uthman.

Pada zamannya, diadakan 2 kali Azan waktu Solat Jumaat kerana masih tidak ramai yang hadir ketika azan pertama.
Langkah beliau seperti dalam hal pemberian 'atho' menimbulkan tidak puas hati golongan tertentu.
Atho' adalah imbuhan yang diberikan kepada orang tua, miskin dan pegawai kerajaan yang bersara termasuk orang bukan Islam yang tidak ada pendapatan.
Jumlah rakyat semakin ramai menyebabkan tidak seimbang dalam hal pengurusan dan kewangan.
Timbullah pemberontakan terhadap Saidina Uthman.
Para pemuda antaranya Saidina Hassan, Saidina Hussein, Abdullah bin Zubair datang ke rumah Saidina Uthman bagi menyatakan kesediaan mereka untuk menentang para pemberontak bersenjata. Namun, Saidina Uthman melarang mereka bertindak sedemikian kerana mahukan masalah ini diselesaikan secara damai.
Akhirnya, Saidina Uthman telah mati dibunuh syahid oleh kelompok pemberontak.

Pada ketika itu,para sahabat telah ramai yang meninggal dunia. Yang masih ada antaranya ialah Zubair, Talhah, Saad, Said, dan Saidina Ali. Lalu, mereka pun membaiahkan Saidina Ali sebagai Khalifah Keempat. Saidina Ali tidak mahu menerima jawatan tersebut, setelah didesak barulah beliau menerima pelantikan tersebut.

Negara masih dalam keadaan huru-hara, rakyat haru-biru, ada kalangan yang tidak berpuas hati terhadap Saidina Ali yang masih belum bertindak terhadap pembunuh Saidina Uthman khususnya keluarga Bani Umayyah.
Berlaku pula Perang Jamal dan Perang Siffin yang termasuk dalam kalangan Sahabat.

Dalam Perang Jamal, ia melibatkan Zubair, Talhah dan Saiyidatina Aisyah menentang Saidina Ali. Keadaan sangat sulit, mereka adalah orang yang dijamin Syurga, bagaimana Saidina Ali mahu berhadapan dengan mereka.?
Saidina Ali berjaya memujuk Zubair dan Talhah berundur, namun mereka berdua dibunuh oleh pihak lain yang tidak bertanggungjawab.
Saiyidatina Aisyah pula ditawan, dibebaskan dan dihantar semula ke Madinah.

Berlaku pula Perang Siffin, Muawiyah dan pengikutnya yang terdiri daripada keluarga Saidina Uthman telah menentang Saidina Ali.
Tuan Guru Presiden PAS menegaskan dalam hal ini, kita jangan teragak-agak untuk menyatakan Saidina Ali berada di pihak yang betul.
Ada hadis yang banyak antaranya Ammar Bin Yasir dibunuh oleh kumpulan yang derhaka. Ammar Bin Yasir berada di pihak yang menyebelahi Saidina Ali. Ini hadis sahih yang diriwat oleh Bukhari dan Muslim.
Oleh sebab itu, Saidina Ali dimasukkan sebagai Khulafa' Ar Rasyidin yang diiktiraf oleh semua termasuk Ahli Sunnah wal Jamaah, Syiah, dan Khawarij yang awal.

Selepas Saidina Ali dibunuh oleh kelompok Khawarij, orang-orang di Hijjaz telah membaiahkan Saidina Hassan sebagai Khalifah seterusnya. Namun, beliau tidak senang melihatkan kekacauan yang berlaku lalu meletakkan jawatan.
Selepas itu, tertubuhnya Kerajaan Bani Umayyah yang naik secara darurat, bukannya melalui Baiah Ihtiyari.
Dalam pemerintahan Kerajaan Bani Umayyah, hanya Saidina Umar Abdul Aziz sahaja yang naik menjadi Khalifah melalui persetujuan orang ramai.

Akhirnya, muncullah selepas itu pelbagai mazhab;
a) kumpulan yang menyokong pemerintahan Kerajaan Bani Umayyah
b) kumpulan yang menyokong Saidina Ali termasuklah antaranya Ahlil Sunnah, Syiah yang fanatik kepada Saidina Ali dan juga Ahlil Badar seramai lebih 100 orang

5. Bahagian B: Perkembangan Ilmu
Pusat Ilmu ialah di Mekah, Madinah, Taif, Yaman, Damsyik, Iraq, Basrah, dan Kufah.
Di sinilah tempat berkumpulnya para Sahabat menyebarkan ilmu.
Akibat daripada tekanan politik pada zaman pemerintahan Umayyah dan Abbasiyyah, ada kalangan mereka yang jauh berhijrah dari pusat ilmu ini.
Dalam Ahlil Sunnah Wal Jamaah adanya pelbagai mazhab dalam hal Akidah, Feqah dan Tasawwuf.
Begitu juga dalam Syiah dan Khawarij, terdapat pelbagai mazhab di dalamnya.

Kitab yang paling terperinci mengenai kepelbagaian mazhab ini ialah Maqalatul Islamiyyin karangan Imam Mazhab Ahlil Sunnah Wal Jamaah, Abu Hassan Assyaari, zuriat daripada Sahabat Abu Musa Assyaari. Kitab ini lebih terperinci berbanding Kitab Al Milal wal Nihal karangan al-Shahrastani, Kitab Al-Fasl fi al-Milal wa al-Ahwa' wa al-Nihal karangan Ibnu Hazmin.
Hal ini kerana Abu Hassan Assyaari tinggal di Iraq, tempat lahirnya mazhab feqah dan politik Islam.

Asalnya, kumpulan Syiah dan Khawarij termasuk dalam Mazhab Politik Ahlil Sunnah.
Kemudian, tercetusnya kepelbagaian Mazhab Feqah dan Mazhab Akidah yang menyebabkan ia bercampur-aduk dengan Mazhab Politik.
Dalam Mazhab Akidah Ahlil Sunnah ada 3 pecahan;
a) Salafi
b) As Syairah
c) Maturidiah

Dalam Mazhab Fekah Ahlil Sunnah ada 4 pecahan:
a) Hanafi
b) Maliki
c) Syafie
d) Hambali

Syiah pula ada 3 kumpulan yang besar:
a) Ghulah-pelampau Syiah ada 15 mazhab di dalamnya
b) Imamiyyah- ada 24 mazhab di dalamnya
c) Zaidiyyah- ada 6 mazhab di dalamnya

Khawarij pula ada 2 kumpulan:
a) Ibadi- ada perbahasan, ada yang mengatakan mereka masih Ahlil Sunnah, mereka keluar kerana sebab politik. Mereka ini pengikut Abdullah bin Ibad, ramai berada di Musykat, Oman.
Ada sejarahwan mengatakan mereka ini golongan Tabiin, Tabiq Tabiin. Mereka tidak berbaiah kepada Kerajaan Bani Umayyah dan Abbasiyyah.
Mereka terpecah pula kepada 4 mazhab di dalamnya.

b) Ajaridah- ada 15 mazhab di dalamnya

6. Seterusnya, Tuan Guru Presiden menasihatkan agar kita tidak begitu mudah menyesatkan antara satu sama lain. Ada ulamak yang menghuraikan hadis berkenaan ummat Nabi terpecah kepada 73 puak, hanya 1 sahaja yang masuk syurga. Nabi menggunakan kalimah "ummatnya" yang terpecah bermakna Nabi menganggap mereka itu masih ummat Islam.

Tokoh Salafi yang keras pendiriannya, Syeikh Nashiruddin Al Albani mengatakan tidak boleh mengkufurkan Ahlil Kiblah yang masih menerima Rukun Islam dan Rukun Iman yang asas kecuali bagi yang menafikan perkara nas yang nyata dalam Al Quran, Hadis dan Ijmak.
Imam Malik ada berkata tidak boleh dihukum individu itu sekiranya ada 1 keraguan walaupun sudah ada 99 hujjah.

Majmak Al Fiqh di bawah OIC dalam Sidang di Jordan pada tahun 2006 telah mengisytiharkan 8 Mazhab yang dikira termasuk dalam ummat Islam;
a) Hanafi
b) Maliki
c) Syafie
d) Hambali
e) Zahiri
f) Imamiyyah
g) Zaidiyyah
h) Ibadi

Keputusan ini turut disahkan dalam Persidangan OIC di Mekah.
Namun, apabila berlaku kekacauan sekarang habis dilupai kesemua resolusi ini.
Majma' al-Buhut al-Islamiyyah, institusi di bawah Universiti Al Azhar Mesir pernah menyenaraikan 8 mazhab ini di dalam Ensiklopedianya. Beberapa tokoh ulamak asy-Syaukani dan as-Sanani juga menyebut mazhab ini.
Begitu juga Syeikh Dr Abdul Karim Zaidan menyebut dan menaqolkan pendapat mereka di dalam kitab beliau.

Namun, keadaan yang berlaku hari ini telah dipengaruhi oleh suasana politik antarabangsa........



1. Bahagian C: Perkembangan Politik Antarabangsa
Tuan Guru Presiden memulakan ulasan isu Asia Barat ini dengan merujuk kepada kata-kata Norman Dodd, tokoh kewangan yang disiarkan dalam Wall Street Journal pada tahun 1982 bahawa "Amerika sanggup mencetuskan peperangan demi ekonomi sebagaimana Eropah menjana ekonomi melalui Perang Dunia Pertama dan Kedua."

Seterusnya, Tuan Guru Presiden PAS merujuk kepada sebuah artikel tulisan Leftenan Kolonel Ralph Peters, yang diterbitkan dalam Armed Forces Journal pada Jun 2006 bahawa badan penyelidik tentera Amerika sedang menggubal peta baru dunia.
Peta ini dibuat bagi menggantikan peta lama yang dibuat melalui Perjanjian Sykes-Picot dan Perjanjian Laussane.
Perjanjian di Lausanne, Switzerland dahulunya dibuat yang melibatkan tokoh Barat dan juga Kamal Attartuk yang membuat keputusan membubarkan Kerajaan Khilafah Turki Uthmaniyyah pada 1916 (kini sudah genap 100 tahun).

Selepas itu, Syarif Hussain, Raja Hijjaz (kawasan merangkumi Mekah,Madinah dan Taif) mula mencetuskan pemberontakan dan perang terhadap pemerintahan Kerajaan Khilafah Turki Uthmaniyyah. Dia mendapat sokongan British melalui Pesuruhjaya Tinggi British di Mesir, Sir Henry McMahon yang terbukti melalui surat perutusan antara mereka berdua.

Pada masa yang sama, di Riyadh pula Abdul Aziz bin Saud berjaya menggulingkan Ibnu Rasyid, pemerintah di bawah Kerajaan Khilafah Turki Uthmaniyyah.
Abdul Aziz bin Saud menubuhkan kerajaan baru dengan dokongan Thomas Edward Lawrence (Lawrence of Arabia). Ini sejarah yang perlu diketahui.

Kemudian, berlakulah Perang Dunia Pertama yang melibatkan Turki dan Jerman menentang Rusia dan Eropah.
Di atas semangat kebangsaan Arab, Revolusi Agung Arab, mereka menentang Kerajaan Khilafah Turki Uthmaniyyah.
Tanpa dinafikan memang wujud kezaliman Kerajaan Uthmaniyyah, tetapi adakah boleh kita menjatuhkan Kerajaan Orang Islam dengan memohon bantuan daripada orang bukan Islam.?

Tuan Guru Presiden PAS membaca firman Allah dalam Surah Al Maidah ayat 51 yang bermaksud;
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang Yahudi dan Nasrani sebagai wali (pendukung,pembimbing,kawan) kamu. Mereka bersahabat antara satu sama lain walaupun berbeza agama. Barangsiapa yang berwalikan mereka akan termasuk dalam kalangan mereka.
Sesungguhnya Allah tidak mengasihi kaum yang zalim."

Akibat berwalak kepada Barat, jatuhlah Kerajaan Khilafah Turki Uthmaniyyah maka berlakulah peta negeri Arab pada hari ini mengikut Perjanjian Sykes-Picot. Sykes ialah nama diplomat British manakala Picot ialah nama diplomat Perancis.
Apabila Lenin mengalahkan Tsar di Rusia, terdapat dokumen menunjukkan Menteri Luar Rusia juga terlibat dalam Perjanjian Sykes-Picot ini.
Peta negara pada hari ini dibuat berpandukan perjanjian ini.
Syam menjadi Lubnan dan Syria di bawah naungan Perancis.
Iraq, Arab Saudi di bawah naungan Barat.
Negara baru iaitu Jordan ditubuhkan.
Perjanjian Balfour pula dibuat bagi menubuhkan negara Israel.
Pengaruh Perjanjian Sykes-Picot ini melarat sehingga ke Asia Tenggara.
Berlakunya pembahagian seperti Malaysia di bawah British, Indonesia di bawah Belanda, Kemboja di bawah Perancis, Filipina di bawah Sepanyol.

Badan penyelidik Tentera Amerika mencadangkan agar peta berpandukan Perjanjian Sykes-Picot ini perlu diubah.
Pada tahun 2006, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Condoleezza Rice telah mendedahkan dalam satu kenyataan di Tel Aviv, Israel bahawa adanya Agenda Asia Barat yang baru (“New Middle East") untuk memecahkan semula negara di Asia Barat termasuklah Asia Tengah, Turki, Afghanistan, Pakistan dan mungkin juga Asia Tenggara ada termasuk juga.

Peta baru ini adalah seperti berikut;

a) Algeria akan dipecah kepada dua- bangsa Arab dan Barbar
b) Libya akan dipecah kepada tiga- ikut zaman Rom dulu
c) Mesir akan dipecah kepada tiga- bangsa Arab, Selatan Mesir dan Kristian Koptik
d) Sudan akan dipecah kepada dua- bangsa Afrika dan Arab
e) Arab Saudi akan dipecah kepada tiga- Riyadh, Kota Suci Mekah & Madinah, dan Syiah Ismailiyyah di Selatan Saudi yang bergabung dengan Syiah Houthi Yaman.
f) Yaman akan dipecah kepada dua- Yaman Utara dan Yaman Selatan
g) Irag dipecah kepada empat- Syiah, Sunni, Kurdish dan Torkuman
h) Syria dipecah kepada dua- Syiah Alawi dan Sunni
i) Lubnan dipecah kepada tiga- Sunni, Syiah dan Kristian
j) Turki akan dipecah kepada dua- Bangsa Turki dan Kurdish
k) Iran akan dipecah kepada dua- Bangsa Parsi dan Pashtun

Inilah peta baru yang dirangka oleh mereka dengan nama peta berdarah (Blood Borders) yang memerlukan pertumpahan darah berlaku seperti Perang Dunia Pertama dahulu atas nama semangat perkauman dan mazhab.

Beberapa tokoh Amerika termasuklah Joe Biden, Naib Presiden US membuat kenyataan bahawa Amerika sedia menolong Sunni bagi melawan Syiah.
Dimomokkan Iran adalah ancaman, bukannya Israel.
Iran dikatakan akan menubuhkan Negara Syiah yang bermula daripada Bahrain sehingga Yaman.
Tuan Guru Presiden PAS berpandangan adalah bodoh sekiranya Iran mahu melakukan sedemikian kerana penganut Syiah hanyalah 10% sahaja daripada 1.3 billion ummat Islam. Ia bagaikan seperti membunuh diri mereka sendiri.

Namun, malangnya orang Arab sendiri yang menjadi bodoh kerana menari mengikut gendang yang dipalu oleh kuasa Barat.
Agenda pertama mereka, memecahkan Lubnan.
Krisis Perang Lubnan sudah berlaku dahulu bagi menjayakan agenda mereka memecahkan negara tersebut kepada Sunni, Syiah dan Kristian.

Almarhum Ustaz Fathi Yakan, sudah tahu mengenai agenda Barat ini. Beliau mengambil langkah bertahalluf dengan kumpulan Syiah di Selatan Lubnan. Malangnya, beberapa tokoh ikhwan terikut dengan agenda Barat sehingga menyebabkan Almarhum Ustaz Fathi Yakan keluar daripada Ikhwan lalu menubuhkan Jabhat al-Amal al-Islami.
3 bulan sebelum Almarhum Ustaz Fathi Yakan meninggal dunia, Tuan Guru Presiden PAS sempat bertemu dengan beliau.
Ramai dalam kalangan kita gagal membaca agenda Barat ini.
Mereka gagal dalam usaha memecahkan Lubnan.

Seterusnya, Iraq dan Syria menjadi sasaran Barat.
Selepas Perang Teluk Pertama, Iraq dipecahkan kepada kelompok Sunni, Syiah dan Kurdistan.
Hari ini, orang Sunni Iraq baru bising atas campurtangan Iran tetapi mereka tidak sedar yang mereka sendiri melakar peta tersebut yang diagendakan oleh Barat.
Demografi Iraq jikalau dicampurkan kesemua Arab, Torkuman dan Kurdish, maka Sunni boleh menjadi majoriti. Namun, orang Arab tidak boleh terima bangsa Kurdish maka Kurdish terasing di utara Iraq dengan pemerintahan sendiri.
Maka, apabila Arab Iraq bergabung, Syiah yang dapat menjadi majoriti. Mengapa mahu bising atas kegagalan mereka sendiri.?

2. Sememangnya tidak dinafikan adanya kelemahan dan kezaliman pemerintah, malangnya Barat menentukan sikap melalui apa yang diatur dengan nama Arab Spring yang bermula pada tahun 2010.
Sekiranya diperhatikan, negara yang menjadi sasaran dibezakan mengikut antara negara yang bersetuju dan tidak bersetuju dengan Perjanjian Madrid-Oslo.

Perjanjian ini dimeteraikan bagi menyelesaikan masalah Palestin dan Yahudi-Israel yang ditaja oleh Barat dengan kaedah kewujudan 2 negara di Palestin iaitu satu untuk Arab dan satu untuk Yahudi.
Ini akan membuatkan orang Arab akan mengiktiraf kewujudan negara Israel yang merampas tanah Palestin pada tahun 1948.
Banyak pemimpin negara Arab bersetuju dengan perjanjian ini kerana mungkin sebagai tanda mengenang jasa kepada Barat yang memberikan kuasa kepada mereka dahulu.
Kaedah 2 State Solution ini diterima oleh PLO Palestin, tetapi ditolak oleh kesemua gerakan Islam termasuk Hamas,Tanzim Jihad, PAS dan Ikhwanul Muslimin. PAS tetap menganggap Israel adalah negara yang haram.
Malangnya, banyak negara Arab dan negara Islam menerima kaedah 2 State Solution ini termasuklah Malaysia.

Negara yang menolaknya pula ialah Algeria, Libya, Iraq, Yaman, Sudan dan Syria.
Arab Spring dicetuskan bagi mewujudkan demokrasi di negara Arab. Malangnya, mereka hanya menjulang demokrasi di negara yang menolak Perjanjian Madrid-Oslo tetapi pada masa sama mereka menerima diktator di negara yang bersetuju Perjanjian Madrid-Oslo.
Ini mesti kita baca kesemuanya...

3. Pada awal tadi, Tuan Guru Presiden sudah menyebut bahawa Amerika sanggup berperang demi ekonomi. Kepentingan ekonomi adalah pada sumber tenaga petroleum yang banyak di negara Arab termasuk Sudan, Libya, dan juga negeri Islam yang dijajah Soviet dahulu di Asia Tengah.
Demi menguasai kawasan yang kaya dengan sumber ekonomi ini, mereka perlu menguasai laluan dunia iaitu Selat Gibraltar, Babul Mandab (pintu Laut Merah), Selat Hormuz, dan termasuk juga Selat Melaka dan Laut China Selatan.

4. Mereka menimbulkan kekacauan di negeri ini termasuk Syria, negara yang bersempadan dengan Israel. Tanpa dinafikan, sememangnya Basyar Assad ini zalim.
Hafiz Assad sama Parti Baath dengan Presiden Iraq, Saddam Hussain tetapi mereka pernah berkrisis.
Dalam Perang Teluk Pertama, Barat menggunakan Saddam Hussain dan Iraq bagi menyerang Iran yang baru sahaja mengalami Revolusi pada tahun 1980.
Semua negara Arab yang bersetuju dengan Perjanjian Madrid-Oslo telah bersama dengan Iraq bagi menyerang Iran.
PAS pada ketika itu bersama Iran. Ramai rakan Arab yang menuduh PAS sudah menjadi Syiah kerana menyokong Iran.
PAS membaca politik, bukan sahaja Kitab.
Syria pada ketika itu tidak bersama dengan Iraq dalam menentang Iran.
Lalu, Syria dijadikan pengkalan bagi kumpulan Palestin yang menolak Perjanjian Madrid-Oslo iaitu Hamas dan Tanzim Jihad.
Dalam Perang Lubnan, persenjataan Israel gagal menghapuskan Hamas, Hizbullah dan Tanzim Jihad.
Israel anggap pengkalan penentangnya yang paling dekat ialah di Syria berbanding yang jauh di Yaman dan Sudan.

5. Tuan Guru Presiden PAS mengingatkan kita agar tidak menjadi Melayu yang mudah lupa. Israel dulu pernah menyerang Pelabuhan Sudan yang dianggap juga pengkalan penentangnya.
Maka, selepas Iraq kacau-bilau, Syria pula dijadikan sasaran kerana ia pengkalan hadapan bagi menghadapi Israel.
Mereka tidak mempedulikan siapa Basyar Assad, yang penting ialah menghapuskan pengkalan hadapan ini.

6. Lebih kurang 6 tahun lalu termasuk media Al Jazeera yang pro-Barat mendedahkan beberapa negara Arab terlibat dalam menghantar Kumpulan Al Qaeda ke Syria bagi mencetuskan kekacauan atas nama menentang kezaliman Basyar Assad.
Almarhum Necmetin Erbakan, pernah ditemui oleh pemimpin gerakan Islam untuk mengisytiharkan revolusi di Syria, namun Almarhum melarangnya kerana nanti akan termasuk dalam strategi Barat musuh Islam.

Tetapi, mereka tetap memilih cara revolusi khususnya ketika Arab Spring yang telah berjaya menjatuhkan Ben Ali, Hosni Mubarak dan Ali Abdullah Salleh, lalu dianggap Basyar Assad boleh dijatuhkan dengan kaedah yang serupa.
Kekacauan di Syria lebih ganas atas nama menentang kezaliman. Ianya serupa seperti Perang Dunia Pertama dahulu atas nama menentang kezaliman Kerajaan Khilafah Turki Uthmaniyyah.
Sedangkan di belakang kita adanya penyakit yang lagi besar daripada kezaliman itu.

7. Sekiranya kita lihat, kawasan yang dikuasai oleh DAESH di Iraq dan Syria adalah kawasan yang penuh dengan sumber minyak dan gas. Wakil Syria di PBB mendedahkan adanya negara Arab yang membeli 60,000 Toyota Hilux untuk dibekalkan kepada DAESH.
Persenjataan kepada mereka ini dibekalkan melalui Turki yang adanya Pengkalan NATO.
Kita perlu sedar bahawa Israel merupakan tonggak yang mempertahankan kepentingan Barat.
Minyak diniagakan oleh kumpulan DAESH yang menguasai kawasan tersebut.
Bukankah ini adanya "batu di sebalik udang", bukan lagi udang di sebalik batu.?

8. Tuan Guru Presiden PAS mengingatkan agar kita faham percaturan Barat ini.
Ianya bukan masalah kaum ataupun mazhab.
Kaum dan mazhab dijadikan sumbu untuk menyalakan api yang mempraktikkan peta yang sedang dilakar oleh Barat.
Malangnya, banyak ulamak dan ustaz kita yang tak baca buku dan artikel politik, hanya lebih kepada Facebook dan Kitab sahaja sehingga tidak boleh membuat penilaian atas apa yang berlaku di Asia Barat.

9. Keadaan sangat menyulitkan bagi menyelesaikan masalah ini. Kita tidak tahu apa hikmah di sebaliknya.?
Namun, ada pengamat politik Islam yang mengatakan Allah menjadikan perempuan yang mengandung itu mengeluarkan darah sebelum melahirkan bayi yang segar. Begitulah juga, kebangkitan Islam yang akan berlaku selepas ini. Mereka hanya mampu merancang, Allah menggagalkan perancangan mereka.
Ada hadis Nabi yang menyebut kadang-kadang Allah tolong agama ini melalui orang jahat.
Dalam sejarah Bani Israel, mereka meninggalkan ajaran Kitab Taurat, membunuh para Nabi dan ulamak, Allah menjatuhkan Bani Israel melalui bala tentera yang bukan Islam.

10. Bukan sahaja Asia Barat yang mahu dibahagikan oleh Barat tetapi termasuk juga Asia Tengah (Turkmenistan, Tajikistan, Uzbekistan) kerana mereka menganggap Rusia sudah lemah.
Mereka mahu mengalahkan Rusia dan China dalam kerakusan bagi menguasai politik dunia.
Kapal Terbang MAS yang ditembak jatuh itu menjadi mangsa dalam krisis di Ukraine. Malaysia laksana pelanduk di tengah gajah yang berperang.
Rusia bertindakbalas terhadap Barat yang menggunakan Ukraine bagi menentangnya.
Panglima Tentera NATO memberikan taklimat mengenai Peta Baru ini, orang Turki pun marah.
Oleh sebab itulah, kini adanya gabungan Turki, Iran dan Rusia.
Ini membuatkan adanya perimbangan dalam percaturan politik Asia Barat. Kumpulan yang ditaja oleh Barat mula mengalami kekalahan di Syria.
Namun, berita ada melaporkan Presiden Obama yang akan berundur ini sempat meluluskan bantuan pelancar roket anti-pesawat kepada kumpulan yang ditajanya di Syria.
Hati-hati, kumpulan ini nanti akan kembali ke negara asal mereka dan meneruskan perjuangan tersebut mengikut kehendak mereka.
Ini adalah bencana lagi kepada negara ummat Islam.

11. Akhirnya, Tuan Guru Presiden PAS menyeru agar kita semua sedar dan insaf atas kekalutan yang berlaku ini adalah petanda dunia akhir zaman yang penuh dengan fitnah dan bencana. Tidak ada jalan lain bagi menyelamatkan kita melainkan kembali kepada Islam sebenar yang bersumberkan Al Quran, Hadis, pandangan Ulamak muktabar yang bebas daripada pengaruh kuasa politik yang tidak bertanggungjawab.
Beliau turut berpesan agar segala maklumat ini boleh disemak secara ilmiah melalui internet media baru untuk meyakinkan dan menambah kesedaran.

Catatan oleh,
Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Pusat Penyelidikan PAS
10 Januari 2017

Dosa Mengumpat



Walaupun umumnya mengetahui ghibah (mengumpat) itu diibaratkan seperti orang yang memakan daging saudaranya sendiri, dan juga termasuk dosa besar, namun hanya sedikit yang mahu menyedari hal ini.

Kata seorang ulama tafsir, Masruq, “Ghibah adalah jika engkau membicarakan sesuatu yang buruk pada seseorang. Itu disebut mengghibah atau mengumpatnya. Jika yang dibicarakan adalah sesuatu yang tidak benar ada padanya, maka itu bererti menfitnah (menuduh tanpa bukti).” Demikian pula dikatakan oleh Al Hasan Al Bashri. (Jami’ul Bayan ‘an Ta’wili Ayil Qur’an, 26: 167).

Ghibah boleh juga terjadi hanya sekadar dengan isyarat. Ada seorang wanita yang menemui ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha. Tatkala wanita itu hendak keluar, ‘Aisyah berisyarat pada Nabi SAW dengan tangannya untuk menunjukkan bahwa wanita tersebut pendek. Nabi SAW lantas bersabda,

قَدِ اغْتَبْتِيهَا

Engkau telah mengghibahnya.” (HR. Ahmad 6: 136. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadits ini shahih sesuai syarat Muslim)

Dosa ghibah sudah disebutkan dalam firman Allah Ta’ala berikut ini,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ
Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka, kerana sebahagian dari prasangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang. Jangan pula mengumpat satu sama lain. Adakah seorang di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” (QS. Al Hujurat: 12)


Sumber - https://www.islampos.com/ghibah-termasuk-dosa-besar-168967/

Sabar Itu Senjata



SABAR bermakna menahan diri dari perkara yang dilarang oleh Allah SWT termasuk menahan diri untuk tidak menyalahkan orang lain ketika kita ditimpa musibah dan ujian. Sebaliknya bermuhasabah sejauh mana dirinya dekat atau jauh dari Allah SWT.

Sabar mempunyai tiga dimensi.

 1- Sabar menghadapi musibah. 

Pada dasarnya setiap manusia lebih-lebih mereka yang mengaku beriman kepada Allah pasti diuji. Salah satu tujuan ujian itu adalah menentukan kadar dan kualiti keimanannya. Ujian tersebut adakalanya berupa kenikmatan, misalnya harta yang melimpah, wajah yang cantik, dan pangkat. Adakalanya ujian itu berupa musibah, misalnya ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, kekurangan pangkat. Namun bagi orang yang sabar musibah bukanlah akhir dari segalanya.

2- Sabar dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah SWT. 

Sikap setiap manusia dalam menerima perintah Allah ada berbagai-bagai. Ada yang menganggapnya sebagai beban dan ada pula yang menganggapnya sebagai keperluan. Taat kepada Allah bagi sesetengah orang dianggap memberatkan, akan tetapi bagi yang lain pula menyenangkan. Mereka menilai bahawa setiap perintah Allah akan selalu memberi kesan positif bagi dirinya, baik untuk kehidupan dunia maupun kehidupan akhirat.

3- Sabar dalam menjauhkan diri dari perbuatan maksiat. 

Pelanggaran (maksiat) kepada Allah pada dasarnya adalah suatu bentuk penganiayaan kepada diri sendiri. Setiap yang dilarang oleh Allah pada hakikatnya akan mendatangkan mudarat (bahaya).

Sesungguhnya kita wajib memliki sifat sabar. Sifat ini akan membuat kita bersedia untuk diuji dengan bentuk apapun. Baik itu dalam bentuk perintah, musibah, maupun diminta menjauhi suatu larangan. Firman Allah SWT :

“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu. Kuatkanlah kesabaranmu itu, dan tetaplah siaga serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung,” (QS. Ali Imran ayat 200).

Jadikanlah sabar sebagai senjata dalam menempuhi lika-liku kehidupan. Pergunakanlah senjata itu sesuai dengan panduannya. Jika tidak, boleh jadi senjata itu memakan tuannya.

Dipetik dari- Islampos

Wanita Kristian Ini Berhijab Kerana Simpati Kepada Wanita Muslim



JESSEY Eagan adalah merupakan seorang Kristian di Amerika. Namun, beliau sangat bersimpati terhadap para muslimah di negaranya setelah menyaksikan sendiri bagaimana sulitnya menjadi seorang wanita Muslim di tempatnya berada. Untuk menunjukkan simpatinya, beliau telah memakai jilbab selama 40 hari.

“Saya ingin mengingatkan diri sendiri bagaimana rasanya menjadi orang luar – ‘orang lain’ … Jadi, saya mencuba untuk berada dalam hijab,” ujar Jessey Eagan.

“Saya merasa ini sangat penting sekarang kerana adanya peningkatan permusuhan dari orang kulit putih Amerika terhadap Muslim di dalam masyarakat kami, yang jujur membuat saya gugup tentang idea ini.”

Dia berharap pengalamannya sekarang ini akan mengajarkan orang-orang Kristian bagaimana melihat perbezaan, menerimanya, dan terlibat dengan itu.

“Jesus berkata untuk mencintai tetangga, orang asing, dan musuh kita. Saya fikir ini adalah sesuatu yang selalunya tidak dianggap serius oleh kebanyakan orang Kristian,” katanya.

“Kami sangat dipengaruhi oleh media, dan kami membiarkan rasa takut berkembang dalam diri kami, dan lupa untuk mencintai. Ketakutan adalah lawan dari cinta,” jelas Jessey.

Sumber- Islampos

Proses Penciptaan Manusia Di Alam Rahim

Proses penciptaan manusia sememangnya amat menakjubkan. Kebanyakan dari kita mungkin pernah mempelajari konsep bagaimana terbentuknya sel sperma dan sel telur sehingga menjadi bayi yang comel, tetapi apakah kita sudah pernah melihat seluruh proses terbentuknya bayi dari awal hingga akhir?.

Di dalam kitab suci Al-Qur’an Surat Al-Mu’minun ayat 12-14, yang diwahyukan 1.400 tahun yang lalu kepada Rasulullah s.a.w, Allah s.w.t telah berfirman dan menjelaskan dengan terperinci tentang bagaimana proses penciptaan manusia.

Kemudian Kami menjadikannya air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian, air mani itu kami jadikan ‘alaqah. Lalu ‘alaqah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian, Kami menjadikannya makhluk yang (berbentuk) lain…”

Sebuah video yang dihasilkan melalui teknik computer-generated imagery (CGI) dan telah dimuat naik ke Youtube ini akan memberi gambaran kepada kita mengenai apa yang sebenarnya terjadi selama tempoh kehamilan. Kebesaran Allah dan keajaiban kehidupan akan terungkap tepat di depan mata kita.

Kita akan melihat bagaimana bayi menjelma dari telur menjadi bayi dewasa yang sedia untuk memulai hidupnya. Sebuah video yang menakjubkan dan bagus untuk kita kongsikan dengan orang-orang tersayang sebagai renungan dan dapat memahami kebesaran Rabb semesta alam dalam proses penciptaan manusia.

"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kebesaran) Kami di segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa Al-Qur’an itu adalah benar. Tidak cukupkah (bagi kamu) bahwa Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?" [Q.S. Fussilat (41): 53].


Apa Itu Dosa Jahriah?


SELAMA ini tentu kita sudah tak asing lagi mendengar soal amal jariyah. Amal jahriyah adalah satu amal yang pahalanya akan terus mengalir, meskipun kita telah meninggal dunia selama mana amal yang kita lakukan masih dimanfaatkan oleh kaum muslimin lainnya untuk melakukan ketaatan.

Satu hadis yang menjadi dasar akan adanya amal jariyah ini adalah hadis dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ: مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، وَعِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Apabila manusia meninggal,  terputuslah amalannya, kecuali 3 hal: ‘Sedekah Jariyah, Ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya.’ (HR. Nasa’i, Turmudzi, dan yang lainnya. Hadis ini dishahihkan Al-Albani).

Tetapi sebaliknya, di samping adanya pahala jariyah, dalam Islam juga ada dosa yang sifatnya sama, dosa jariyah. Dosa yang tetap terus mengalir, sekalipun orangnya telah meninggal. Dosa yang akan tetap ditimpakan kepada orang tersebut, sekalipun dia tidak lagi mengerjakan perbuatan maksiat itu.

Mengingat betapa bahayanya dosa jariyah ini, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengingatkan umatnya agar berhati-hati supaya tidak terjebak melakukan dosa ini.

1-  Nabi s.a.w mengingatkan akan bahayanya bagi orang yang mempelopori perbuatan maksiat.

Mempelopori dalam ertikata seseorang yang melakukan perbuatan maksiat itu di hadapan orang lain, sehingga ramai orang yang mengikutinya. Meskipun dia sendiri tidak mengajak orang lain untuk mengikutinya. Dalam hadis dari Jarir bin Abdillah r.a ‘anhu, Rasulullah s.a.w bersabda,

مَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً سَيِّئَةً، كَانَ عَلَيْهِ وِزْرُهَا وَوِزْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ بَعْدِهِ، مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْء

“Siapa yang mempelopori satu kebiasaan yang buruk dalam islam, maka dia mendapatkan dosa keburukan itu, dan dosa setiap orang yang melakukan keburukan itu karena ulahnya, tanpa dikurangi sedikitpun dosa mereka,” (HR. Muslim).

Orang ini, tidak mengajak orang lain untuk melakukan maksiat yang sama. Orang ini juga tidak memotivasi orang lain untuk melakukan maksiat seperti yang dia lakukan. Namun orang ini melakukan maksiat itu di hadapan banyak orang dengan harapan banyak orang menirunya atau menyebarkannya.

Karena itulah, anak adam yang pertama kali membunuh, dia dilimpahi tanggung jawab atas semua pembunuhan karena kedzaliman di alam ini. Nabi s.a.w bersabda,

لاَ تُقْتَلُ نَفْسٌ ظُلْمًا إِلَّا كَانَ عَلَى ابْنِ آدَمَ الأَوَّلِ كِفْلٌ مِنْ دَمِهَا

“Tidak ada satu jiwa yang terbunuh secara dzalim, melainkan anak Adam yang pertama kali membunuh akan mendapatkan dosa karena pertumpahan darah itu,” (HR. Bukhari, Ibn Majah).

Umpamanya mereka yang memuatnaik video porno atau cerita lucah di internet, kemudian ada orang yang menonton atau membacanya, dan dengan membaca itu dia melakukan onani atau zina atau bahkan memperkosa, maka yang menyebarkan di internet akan mendapat aliran dosa dari semua maksiat yang ditimbulkan kerananya.

2- Mengajak melakukan kesesatan dan maksiat

Seseorang yang mengajak masyarakat untuk berbuat maksiat, meskipun boleh jadi dia sendiri enggan melakukan maksiat itu. Merekalah para juru kesesatan, atau mereka yang mempropagandakan kemaksiatan. Dari Abu Hurairah r.a , Rasulullah s.a.w bersabda,

مَنْ دَعَا إِلَى ضَلَالَةٍ، كَانَ عَلَيْهِ مِنَ الْإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ، لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا

“Siapa yang mengajak kepada kesesatan, dia mendapatkan dosa, seperti dosa orang yang mengikutinya, tidak dikurangi sedikitpun,” (HR. Muslim)

Boleh kita perhatikan para propagandis yang menyebarkan aliran sesat, menyebarkan pemikiran menyimpang, menyeru masyarakat untuk menyemarakkan kesyirikan dan bid’ah, menyerukan masyarakat untuk memusuhi dakwah tauhid dan sunnah, merekalah contoh yang paling mudah terkait hadis di atas.

Selagi masih ada manusia yang mengikuti mereka, pelopor kemaksiatan dan penyebar pemikiran menyimpang, selama itu pula orang ini turut mendapatkan limpahan dosa, sekalipun dia sudah dikubur tanah. Merekalah para pemilik dosa jariyah. Naudzubillahi min zalik

Tujuan Manusia di Muka Bumi

MANUSIA diciptakan oleh Allah SWT tidak mungkin hanya untuk suka suka. Pasti ada suatu perkara yang harus dilakukan oleh setiap insan di muka bumi. Ada peranan penting yang harus dijalani. Apakah itu?

Allah SWT berfirman, “Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, ‘Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.’ Mereka berkata, ‘Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?’ Allah berfirman, ‘Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui’,” (QS. Al-Baqarah: 30).

Itulah tujuan Allah menciptakan manusia di muka bumi ini. Allah menciptakan manusia untuk menjadi khalifah di muka bumi. Setiap insan tentu menjadi khalifah. Dan untuk menjadi khalifah itu tidaklah mudah.

Malaikat pun tidak yakin bahwasanya kita (manusia) mampu menjadi khalifah di muka bumi; Karena apa? Manusia memiliki hawa nafsu yang sangat tinggi. Dan ketika menusia mengikuti hawa nafsunya, maka pertumpahan darah pun akan terjadi. Walaupun sesama saudaranya sendiri.

Itu yang menjadi kelemahan manusia. Tapi, ada sesuatu yang tersembunyi yang menjadi kehebatan manusia dibandingkan makhluk lainnya, sehingga manusia dapat menjadi khalifah di muka bumi. Salah satu kehebatannya ialah mempunyai akal atau pikiran.

Ya, dengan menggunakan akal atau pikirannya, maka manusia dapat membezakan mana yang baik untuk dirinya dan mana yang buruk untuk dirinya. Berdasarkan pengalaman atau apa yang manusia ketahui maka itu menjadi tolak ukur manusia dalam mempertimbangkan sesuatu. Dengan begitu manusia dapat menciptakan suatu ilmu tertentu untuk kelangsungan hidupnya di muka bumi.



Itulah mengapa Allah mencipatakan manusia sebagai khalifah. Karena manusia mempunyai akal atau pikiran yang dapat menuntunnya ke jalan kebaikan. Jika manusia tidak mengikuti hawa nafsu, maka tujuan sebagai khalifah itu akan terwujud, jika tidak maka tidak ia telah gagal menjadi seorang khalifah. Wallahu ‘alam.